Party Rock Anthem

Party Rock Anthem adalah lagu hit oleh duo Amerika LMFAO dengan penyanyi British Lauren Bennett dan penerbit muzik Amerika, GoonRock. Ia diterbitkan sebagai single pertama dari album kedua mereka, Sorry for Party Rocking pada tahun 2011. Single ini menduduki nombor satu di Australia, Belgium, Brazil, Kanada, Denmark, Perancis, Jerman, Iceland, Ireland, New Zealand, Switzerland, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Ia juga mencapai lima teratas di Finland, Itali, Norway, Poland dan Sweden. Ia adalah single terlaris sepanjang zaman di Australia. Di seluruh dunia, ia merupakan single digital terlaris ketiga tahun 2011 dengan jualan sebanyak 9.7 juta salinan.[1] Ia adalah lagu digital terlaris ketiga dalam sejarah A.S.[2]"Rock Party Anthem" kini sedang menduduki kedudukan keeenam dalam Billboard sebagai paling berjaya sepanjang zaman.[3] Ia kini merupakan salah satu daripada 50 video yang paling banyak dilihat di YouTube, dengan lebih daripada 1.6 bilion paparan.[4]